Sunday, November 28, 2010

DIY Car Soundproofing ( pintu depan )

Tengah2 free jumaat haritu. Aku buat soundproofing dekat pintu depan kiri dan kanan je. Nak buat pintu belakang barang dah tak cukup. So kena tangguh dulu.

Selalunya kalau nak buat soundproofing ni kena guna bitumen sheets. Ada yang lagi bagus pakai aluminium-foil backed bitumen sheet atau ia dipanggil Solar Shield, kualitinya hampir sama dengan Accumat Hyperflex tapi lebih murah.

Rasa nya apa yang aku cakap dekat atas tu budak2 audio biasa dengar sebab nak audio yang sedap kena buat soundproofing dulu. Baru audio boleh pergi. Kalau masih terpingga2 boleh check dekat encik google.

Sebab aku tak ada modal tinggi2, untuk pemulaan pakai je lah Superlon insulation sheets. Itu je yang senang aku nak cari. Nak pakai bitumen sheets kena tempah sebab kedai yang biasa aku pergi tak jual.

Kalau nak audio yang sedap mula2 pakai bitumen sheets lepas tu lapik dengan aluminium tape kemudian pakai insulation sheets. Kalau nak skip bahagian aluminium tape guna aluminium-foil backed bitumen sheet.

So far aku test bawak kereta kalau laju2 tak dengar dah bunyi plastik gegar dekat pintu. Lagi satu dulu kalau aku buka lagu techno kuat2 akan dengar bunyi gegaran plastik dekat pintu, lepas buat soundproofing ni, dah tak dengar bunyi2 yang tak menyenangkan telingga :D


* Satu hari kereta aku bau gam dunlop, pening wei...
* Cara nak hilang kan bau, jemur kereta anda tengah panas dan buka sikit semua tingkap.




Monday, November 22, 2010

Smoke Lamp and LED Stripe

1st spray flat black color buat smoke lamp


Lepas tu pasang LED Stripe, ingat nak pasang dekat dalam. Tapi cari2 tempat nak letak tak jumpa2. Last2 buat dekat luar je.

Tak pe la kemudian akan aku cuba2 untuk seal benda ni supaya tak ada tangan2 gatal yang nak mencabutnya. Agak2 guna hot glue guns cair tak plastik led stripe tu? Tak pun guna super glue?

Kos untuk buat semua ni dalam RM60 ( Smoke Lamp ) dan RM40 semeter ( LED Stripe). Kos2 sampingan sila tanya budi bicara tokey yang buat perkhidmatan ni. Aku buat dekat MAZA @ ZAIM. Boleh cari di facebook mengunakan email ni aimwaja@yahoo.com




Friday, November 19, 2010

Basic Penjagaan Kereta

Katogori Basic Penjagaan Kereta :




* Cek Minyak Enjine @ Minyak Hitam

Cara check minyak engine anda cukup atau tidak, langkah pertama tarik penyukat minyak engine.


Langkah kedua lap kan penyukat minyak engine tu dengan tisu atau kain.

Kemudian langkah ketiga masukkan semula ketempatnya sehingga tertutup rapat.

Dan langkah yang keempat tarik kembali penyukat minyak engine da periksa sama ada minyak berada di takat kurang/biasa/terlebih.

Anak panah sebelah kiri menunjukkan paras penuh dan sebelah kanan menunjukkan paras kurang. So pastikan ada kesan minyak di antara dua anak panah. Jangan bagi terlalu lebih atau terlalu kurang. Kerana bila terlalu lebih kereta akan jadi "berat" dan jika terlalu kurang boleh merosakkan komponen2 dalaman engine.



* Cek Air dekat Radiator

Check ada air atau tidak. Jangan biarkan tangki air radiator anda kering. Dan seelok2 nya jangan gunakan air paip kerana ia akan mempercepatkan proses mengaratkan radiator anda. Gunakan air tapis atau coolant.

Jika nak tambah air @ coolant, tambah di bahagian anak panah bewarna biru. Jangan sesekali buka di anak panah merah apabila engine masih panas.



* Cek Air dekat Tong Wiper

Isi je air bila agak2 air dalam tong wiper dah kering. Kalau dah tekan wiper air tak keluar2. Pandai2 lah topup air dalam tong wiper tu.




* Cek minyak brake

Nie pun diantara yang terpenting jugak, sebab kalau minyak brake ini habis, kemungkinan bile kite tekan brake dia akan berhenti terus dan brake tu stuck.




* Cek Tekanan Tayar

Kalau tak tahu berapa tekanan tayar kereta anda. Check dekat pintu depan atau belakang belah kanan ada sticker atau plate pasal info tekanan angin tayar.

Pergi lah dekat stesen minyak mana2 untuk isi angin tayar kereta anda.

Mengikut tekanan angin yang dicadangkan tayar hadapan 210 dan belakang 190 kPa. So tengak meter dekat pum angin tu. Tekan butang "+" atau "-" . Butang yang hujung sekali belah kanan hanya untuk tayar kempis sahaja.


Lepas dah set just cucuk je macam dalam gambar diatas. Senang je. Tunggu sampai bunyi beep2 (selalunya akan ada bunyi kalau tekanan angin dah cukup seperti yang dah di set)



* Cek Keseluruhan Lampu termasuk lampu Inyarat

Pastikan semua lampu, signal, brake light berfungsi.


Jika tak menyala check fuse atau bulb mana tau terbakar ke ape. Kalau tak reti nak check hantar ke kedai je.

Tuesday, November 16, 2010

Spray Cover Engine

Sebelum nak spray, bersihkan cover engine dari sebarang kekotoran, seperti minyak, habuk dan lain2 yang boleh menyebabkan warna tak sekata bila spray nanti.


Kemudian gosok dengan kertas pasir grade +- 300 sama2 dengan air.


Semburkan warna Spray Paint pilihan anda. Buat 3~4 layer untuk hasil yang lebih baik. Kemudian gunakan Spray Clear untuk mengilatkan lagi cover engine.


Cover engine dan kotak angin aku lebih menyeri2 selepas di spray. :D

Pasang Grounding Wire

Baru pasang Grounding Wire HKS, dapat murah RM40 siap pasang.

Secara keseluruhan, grounding wire tak ada kesan direct bagi keta baru , biasanya ia dipakai pada kereta yang dah berusia 5 tahun keatas.

Fungsi utama penggunaan ialah untuk menampung pengaliran elektrik dalam engin di samping mengganti wiring lama dalam engin kereta. Kerana semakin lama, wire ori dalam bahagian engine akan menjadi keras, kering ataupun pengaliran tak seberapa sempurna. So grounding wire ni boleh mengganti fungsi wire ori dalam kes pengaliran sempurna.

Grounding Wire yang bagus bukan pasal brand dia HKS ke atau lain2, tetapi jenis wire yang terkandung dalam wire. Biasa ada yang berkata platinum coated, copper wiring, carbon based etc..

Bagi aku, yang emas tu, dan tebal paling bagus. Saya takde fakta2 yang mendorong terhadap pemilihan tersebut tetapi mengikut gerak hati aku kerana copper biasa digunakan dalam dunia AUDIO di mana socket, screw, semuanya disaluti copper (warna emas), dan dipercayai bahawa elektrik mengalir lebih smooth bagi material copper.

Selain material yang penting diutamakan, yang kedua penting ialah point-point yang akan disambungkan dalam ruang engine keta anda.

Point tersebut, paling best, diuji teknikal dari mechanic menggunakan voltage meter. Yang voltage tinggi bermaksud grounding tak cukup utk menyah-cajkan elektrik berlebihan itu. Pelan pelan tersebut adalah lain bagi setiap mekanik mengikut pengetahuan dan pengalaman masing2. Tapi ada beberapa point yang ketara utk disambung cable, iaitu chasis keta & alternator.



So untuk penyambungan grounding wire ikut turutan ni...dari atas adalah tebaik .

1) Engine Head (nearest to spark plug is better)
2) Alternator
3) Throttle Body
4) Firewall
5) Right Body
6) Left body
7) Front Body


*Sumber ( Siu Yi dari Forum Prosboc )




Saturday, November 6, 2010

D.I.Y Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta

D.I.Y Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta, yang aku buat ni tak ada function auto On, Tak ada function LED malap sendiri dan lain2 function yang best.

Sebab aku buat litar ringkas je, modal pun sikit, so function pun sikit. RM5 je modal aku nak bagi ada warna merah menyala dekat tapak kunci kereta aku.

Memang nampak lawa, dan senang aku nak masukkan kunci bila tengah gelap. Tak ada la nak tercari2 slot nak masukkan kunci.

"D.I.Y Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta" yang aku buat ni kalau nak nyalakan kena on suis dulu, dan bila tak nak pakai kena off kan secara manual.

Bila Gelap

Bila Terang


Litar yang aku guna untuk D.I.Y ni sama macam litar dalam entri "LED kelip-kelip". Cuma aku dah tak sambungkan ke bateri 9V. Terminal +ve aku tumpang cucukan dekat slot fuse untuk horn, dan -ve aku skrukan dekat body kereta. Video dibawah tunjukkan macam mana aku punya "Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta" berfungsi.


video

** Oh yea lampu "LED kelip-kelip" aku dah macam lampu disco!!

**Update,

Lampu LED Ring aku sekarang dah berfunction dengan lebih menarik sebab bila pintu x tertutup LED Ring akan menyala. Dan bila tutup pintu LED Ring akan tutup secara automatik.



Tuesday, November 2, 2010

Cantikkan Kotak Angin

Mula2 aku cari design apa nak letak dekat kotak angin ni, bosan tengak kosong je. Last2 google yang ni gak yang aku pilih :P


Kemudian mula kan pula proses spray. Tapi sebelum spray gosok dulu dengan kertas pasir grade 300 dan air.

Siap cuci bersih2 kemudian tunggu kering. Lepas kering boleh lah mulakan proses spray. Aku spray warna Flat Black.


Kemudian aku amik lukisan yang aku tekap tadi dan gunting sampai jadi macam ni


Siap gunting2 boleh tampal kertas tu dekat kotak angin. Aku guna gam biasa je.


Lepas gam dah kering, amik cotton buds basahkan sket dan buang gam yg terlebih2.


Lepas tu dah boleh mula spray . Dah kering cabut kertas tu dengan berhati2.


Akhirnya siap pun,



Proses yang aku buat ni hanya untuk orang yang mempunyai masa free sampai dah tak tahu nak buat apa. Kalau nak cepat boleh skip beberapa step.

Fast Step..

*Gosok semua pemukaan kotak angin dengan kertas pasir gred 300 dan air.
*Cari gambar yang sesuai di internet dan print.
*Tekapkan gambar yang sudah di print ke kotak angin gunakan carbon paper.
*Ambil selotip yang jenis kertas dan tampal.
*Spray undercoat. Biarkan kering.
*Spray 1st,2nd,3rd layer.
*Kemudian Spray Clear.
*Then cabut selotip kertas. Siap~