Friday, December 30, 2011

D.I.Y Repair door handle

Hari rabu yang tak best, nak buka pintu tiba2, patah door handle kereta aku, punya la tensen. Nak kata badan ketul2 kuat gagah pekasa tak ada la plak.

So pagi jumaat yang indah ni, aku pergi beli door handle tu, dan pasang sendiri. Jimat duit nak bayo labour cas. Sape2 nak aku tolong pasang boleh je upah minum sudah la :D

*Aku dapat ilmu nak repair ni pun dari apek kedekut, sampai RM15 dia pau aku untuk ilmu nih. Adoiyai~

1) Beli dulu barang mentah, iaitu sebijik door handle beharga RM22.20 selepas % dekat proton.


2) Buka cover pintu yang belah dalam. Ada 3 skru je pun. Dan jangan lupa buka Cap yang tutup skru side mirror tu dulu.


3 tempat skru tu di


3) Buka cover getah dekat tepi pintu then putar skru arah buka. Skru ni memang tak boleh cabut so kalau dah tak boleh pulas stop.


4) Dah pulas skru dekat tepi pintu tu, kemudia cabut benda alah dalam gambar dibawah baru boleh bawa keluar door handle ni.


5) Lepas tu masukkan hujung belah kanan dulu baru kiri.


6) Kemudian skru dekat tepi pintu tu putar bagi adjust tutup atau buka, adjust bagi handle tu boleh capai besi yang tarik pintu dekat dalam. kemudian kalau test da ok. Pasang balik besi dekat luar handle tu dan ketatkan balik skru dekat tepi pintu.

7) Siap sudah :D


8) Kalau tak berapa nak faham, cuba2 la godek2 dan belajar macam mana benda alah tu berfungsi baru kita tau macam mana nak betulkannya. Benda simple macam ni aku belajar dekat apek bangang kedekut ciput tu sampai RM15. * Dia ajar aku cara nak buka benda alah ni dengan,


Adjust skru ni. Kalau dari awal aku tahu nak adjust skru ni dengan buka besi dekat atas tu, tak payah aku nak EMO dgn apek tu pagi2 jumaat ni. :(

Monday, December 5, 2011

Saga FLX SE 1.6 Terbaru 2011

Saga FLX SE 1.6 baru je dilancarkan tak silap dalam bulan 12/2011. Harga kereta ni boleh tahan 49K , ada orang tanya dari ambil saga baik ambil perodua MyVi 1.5 SE lagi BEST!


Tapi bagi aku , kalau pakai sorang2 boleh la, aku ni dah nak dekat kahwin, nanti beli kereta kecik2 nak sumbat anak dekat mana? Balik KG mak / bakal mak mentua jenis suka bagi macam2 kalau nak balik, memang penuh bonet. So kalau ambil Myvi untuk space memang rasa tak berbaloi2...

Tapi ada juga orang cakap kenapa tak ambil pesona? harga dah boleh ambil pesona basic kot, lagi nampak Executive. Tapi aku memang menyampah tahap gaban bila bawak pesona. Bapa aku dah pakai pesona aku tau la, dah berapa kali tersondol bonet dan bermacam2 lagi sebab terlampau lah banyak blind spot nye, walaupun tinggi aku ni 170cm tambah tolak. Duduk dalam pesona tu masih susah nak pandang belakang.

Lain dengan Saga, aku memang dah bawak 1.3 punya, memang best. Setakat nak buat sliding, drift sikit2 dan reverse dengan kelajuan top, masuk parking rasa macam kacang,blind spot yang minima...So ciri2 ni la sebab aku sayang SAGA.

Ada rezeki aku akan upgrade ke 1.6 :D

So aku belanje gambar2 SAGA FLX SE 1.6 dekat korang,

Bahagian Luar Kereta


Bonet Yang Luas.



Bahagian Dalam Kereta

Auto Adjust Side Mirror


Stylish Gear Knob


"SAT" ???



Bahagian Engine Kereta

Kalau tengak gambar dekat atas ni, Proton ada buat macam yang aku balut salur paip air-con, boleh check dekat entry http://gohighways.blogspot.com/2010/09/step-to-diy-meningkatkan-prestasi-car.html. Aku balut lagi banyak area dari yang proton bagi. Hehe diorang tiru ilham dari blog aku ke, tengak pada gaya pakai cable tie macam same je hehehe???

Pasang carbon fiber dekat bonet depan kereta

Dah lama tak update blog ni, tapi still ramai juga yang datang,
Projek terbaru D.I.Y ialah pasang carbon fiber sticker dekat bonet depan.
Memang susah gila nak pasang, zero skill tapi nasib baik menjadi juga walaupun ade gelembung2.

1st barang yang diperlukan,

Sticker carbon fiber
Gunting / Pisau
Hot Gun / hair dryer
Card ATM / Card Credit atau apa2 Benda yang rata
Air Sabun
Option * penyedut hampehgas
jarum lidi / jarum kail / semua boleh tapi pastikan tajam dan halussss


1st step
Cuci bonet kereta sampai berkilat, biarkan kering kemudian Tos kan :P , sorry teringgat meggi plak :D

2nd step
Ratakan air sabun dekat bonet.

3rd step
Rentangkan sticker atas bonet dan gunakan kad untuk ratakan sticker.

4 step and so on...

-gunakan hot gun untuk membentuk sticker di kawasan2 yang belekuk.
-lepas dah rasa kemas secukup rasa, puas hati, check kalau2 ada gelembung2.
-ambil jarum dan cucuk dekat gelembung kemudian sedut pakai hampasgas a.k.a vacuum cleaner untuk buang angin dalam tu.

lastly jadi la macam ni,