Tuesday, July 21, 2020

BENGKEL NAZA YANG BOLEH DIPERCAYAI


Aku jenis setia kalau bengkel tu memang dah ok. Agak susah nak jumpa bengkel yang buat kerja betul-betul bagus. Aku beli kereta MPV Naza Ria ni dekat bengkel abang Suhaimi dekat sentul. Bengkel dia memang specialist untuk kereta Naza, dan kebanyakan kereta-kereta besar. Starex, Estima, Vellfire, Alphard semua boleh dan harga memang cun. Bajet habis.

Ni rupa kereta aku sebelum dapat.






Dan semua ni bengkel betulkan :

Total Overhaul Engine
Damper Bonet depan (baru)Damper Bonet belakang (baru)
Driveshaft Kiri Kanan (baru)
Volt & Temp Meter (baru)
Wheel Bearing (baru)
Air Cond Condenser (baru)
Air Flow Sensor (baru)
Filter Dryer (baru)
Mounting Rubber Exhaust / Getah Ekzos (baru)
Set Digital Radio (baru)
Getah Air Top (baru)
Lampu Depan Belah Kiri (secondhand)
Tayar Depan Kiri Kanan (secondhand)
Tingkap belakang belah kanan (betulkan)
Pemegang pintu belakang belah kanan (betulkan)
Bumper Depan (cat baru)

Dekat 17 benda bengkel ni buatkan, kira dapat kereta memang dah cun. Cuma timing belt ja belum tukar. Kena buat juga tu. Sekarang tengah kumpul modal nak tukar timing belt ja.

Bawah ni aku kongsi gambar apa yang bengkel tukar dan betulkan. 






Total Overhaul Engine


Volt & Temp Meter

Pemegang pintu belakang belah kanan

Damper Bonet depan

Driveshaft Kiri Kanan

Getah Air Top

Wheel Bearing

Damper Bonet Belakang

Driveshaft Kiri Kanan

Filter Dryer

Air Cond Condenser 

Air Flow Sensor



Thursday, July 16, 2020

KERETA MPV JENAMA LUAR NEGARA YANG BERBALOI BELI SECARA CASH


19 june 2020.

Hari pertama ambil kereta baru, beli secara tunai. Malas dah nak fikir pasal loan2 bank ni kalau boleh.

Sebelum pakai kereta besar ni. Aku pakai myvi ezi lagi best tahun 2011. Kereta ni pada 2020 tak habis lagi hutang. Kereta ni sekarang buat kereta sewa je dekat melaka. Sesiapa pergi berjalan-jalan dekat melaka, nak sewa kereta boleh halo2. InshaAllah aku bagi rate sewa baik punya.

Berbalik kereta baru MPV ni. Disebab kan dah ada 3 anak dan diorang pun mula nak membesar.

Kereta myvi tu dah tak muat dengan beg balik kampung, car seat lagi wajib kena pakai dah tahun 2020 ni. So memang sesuai sangat lah upgrade kereta terus.

Cari punya cari. Kereta naza ria yang tersangkut di hati dan poket. Mungkin orang kata, "naim, ko mampu kot pakai wish, estima. Kenapa ambil naza? Tak ada brand kot".

Jawapan aku. Ambil naza ria ni sebab harga dia paling murah antara pilihan yang ada. Duit lebih tu boleh la buat repair apa yang patut.

Harga dia lebih murah dari mpv yang sama cc atau lebih kurang.

Wish 2.0, 2003, 1st generation = RM30-34K
Estima 2.4, 2003, 2nd generation = RM30-34K
Estima 2.4, 2006, 3rd generation= RM50-55K
Alphard 2.4, 2003, 1st generation = RM40-50K
Innova 2.0, 2005, 1st generation = RM18-23K
Naza Ria 2.5, 2003,  1st generation = RM6-10K

Bukan tak nak ambil avanza, exora kereta tu bagus besar. Masalah dia engine tak cukup power nak bawa body yang berat. Bagi aku MPV kalau nak sedap ambil yang 2.0 keatas.

Kalau ambil kereta yang lain dah la mahal, kena buat loan sebab tak cukup tunai. So aku rasa rugi dekat situ. Lebih baik pakai kereta beli tunai murah, lepas tu buat balik jadi baru. Kereta ni bukan macam manusia makin lama makin tua. Dah tak boleh jadi muda balik.

Buat je balik engine, selagi body tak karat, ok la tu. Part-part lain yang reput / rosak, boleh tukar sikit-sikit. Janji engine elok boleh jalan jauh.

Setakat ni paling jauh pernah sampai tangkak johor dari Selangor. Total perjalanan dah capai dekat 3000KM sejak beli. Sikit je lagi dah nak kena servis. Kereta lama servis mesti kena jaga tip-top baru kereta tak buat masalah.

Apa pun ni pendapat peribadi aku, so korang yang tengah survey-survey kereta apa yang sesuai? Tengok keperluan dan poket. InshaAllah akan jumpa yang terbaik.

Next post aku akan share macam mana rasa pakai MPV Naza Ria ni A.K.A  AG singkatan anak gajah. Kalay bapak gajah mungkin Vellfire @ Alphard sebab diorang ni lagi tinggi dan besar berbanding AG.

Bawah ni aku kongsi gambar yang diambil dari laman web mudah.

Wish 2.0, 2003

Estima 2.4, 2003

Estima 2.4, 2006

Alphard 2.4

Innova 2.0

Naza Ria 2.5


Saturday, June 13, 2020

2020 I'LL BE BACK


9 Tahun lamanya. Dah lama tak menulis. Mungkin skill tulis blog aku dah berkurang. Tapi untuk 2020 dan keatas dan selagi kereta MPV baru aku ada. Aku akan update dalam ni.

Tahun

2009~2011 : Masa ni aku guna kereta bapa aku, so banyak projek-projek D.I.Y aku buat dekat kereta tu dan sebab tu juga terlahir lah blog ni. Harap blog ni memberi manfaat kepada yang membaca. Saham akhirat juga tu kongsi ilmu. Amin~

2012~2020 : Dah start jarang / tak update blog sebab sibuk dengan kerja. Lagi pun waktu ni aku dah tukar pakai  Myvi EZi. Nak buat D.I.Y lebih2 pun kereta bini. Aku yang ada motor je, memang tak beli kereta. Buat apa kereta banyak-banyak kalau buat simpan je kan.

So kereta Myvi ni memang tak ada buat apa-apa D.I.Y, dari 2011 sampai 2020. Memang standard habis la kereta tu. Just buat maintanance biasa je.

2020~20XX : Alhamdulilah dari bujang, berkahwin, dan sekarang umat makin bertambah. Kereta sekarang Myvi dah tak muat. Dengan kena pakai car seat lagi (Dah Diwajibkan ke??). So memang kena upgrade la. Alhamdulilah ada rezeki lebih sikit. Tahun 2020 ni aku upgrade kereta MPV. Kereta ni orang panggil "gajah". Sebab besar dan CC dia besar 2.5 , road tax pun boleh tahan harga.

So aku akan share dalam blog ni update pasal MPV aku, lagipun bagus juga untuk aku, at lease ada rekod kereta tu.

InshaAllah next post aku akan update pasal kereta MPV apa yang aku beli dan kenapa aku beli kereta ni.


Terima kasih sudi baca.

Syukie / Naim Shaharani
13/06/2020

Friday, December 30, 2011

D.I.Y Repair door handle

Hari rabu yang tak best, nak buka pintu tiba2, patah door handle kereta aku, punya la tensen. Nak kata badan ketul2 kuat gagah pekasa tak ada la plak.

So pagi jumaat yang indah ni, aku pergi beli door handle tu, dan pasang sendiri. Jimat duit nak bayo labour cas. Sape2 nak aku tolong pasang boleh je upah minum sudah la :D

*Aku dapat ilmu nak repair ni pun dari apek kedekut, sampai RM15 dia pau aku untuk ilmu nih. Adoiyai~

1) Beli dulu barang mentah, iaitu sebijik door handle beharga RM22.20 selepas % dekat proton.


2) Buka cover pintu yang belah dalam. Ada 3 skru je pun. Dan jangan lupa buka Cap yang tutup skru side mirror tu dulu.


3 tempat skru tu di


3) Buka cover getah dekat tepi pintu then putar skru arah buka. Skru ni memang tak boleh cabut so kalau dah tak boleh pulas stop.


4) Dah pulas skru dekat tepi pintu tu, kemudia cabut benda alah dalam gambar dibawah baru boleh bawa keluar door handle ni.


5) Lepas tu masukkan hujung belah kanan dulu baru kiri.


6) Kemudian skru dekat tepi pintu tu putar bagi adjust tutup atau buka, adjust bagi handle tu boleh capai besi yang tarik pintu dekat dalam. kemudian kalau test da ok. Pasang balik besi dekat luar handle tu dan ketatkan balik skru dekat tepi pintu.

7) Siap sudah :D


8) Kalau tak berapa nak faham, cuba2 la godek2 dan belajar macam mana benda alah tu berfungsi baru kita tau macam mana nak betulkannya. Benda simple macam ni aku belajar dekat apek bangang kedekut ciput tu sampai RM15. * Dia ajar aku cara nak buka benda alah ni dengan,


Adjust skru ni. Kalau dari awal aku tahu nak adjust skru ni dengan buka besi dekat atas tu, tak payah aku nak EMO dgn apek tu pagi2 jumaat ni. :(

Monday, December 5, 2011

Saga FLX SE 1.6 Terbaru 2011

Saga FLX SE 1.6 baru je dilancarkan tak silap dalam bulan 12/2011. Harga kereta ni boleh tahan 49K , ada orang tanya dari ambil saga baik ambil perodua MyVi 1.5 SE lagi BEST!


Tapi bagi aku , kalau pakai sorang2 boleh la, aku ni dah nak dekat kahwin, nanti beli kereta kecik2 nak sumbat anak dekat mana? Balik KG mak / bakal mak mentua jenis suka bagi macam2 kalau nak balik, memang penuh bonet. So kalau ambil Myvi untuk space memang rasa tak berbaloi2...

Tapi ada juga orang cakap kenapa tak ambil pesona? harga dah boleh ambil pesona basic kot, lagi nampak Executive. Tapi aku memang menyampah tahap gaban bila bawak pesona. Bapa aku dah pakai pesona aku tau la, dah berapa kali tersondol bonet dan bermacam2 lagi sebab terlampau lah banyak blind spot nye, walaupun tinggi aku ni 170cm tambah tolak. Duduk dalam pesona tu masih susah nak pandang belakang.

Lain dengan Saga, aku memang dah bawak 1.3 punya, memang best. Setakat nak buat sliding, drift sikit2 dan reverse dengan kelajuan top, masuk parking rasa macam kacang,blind spot yang minima...So ciri2 ni la sebab aku sayang SAGA.

Ada rezeki aku akan upgrade ke 1.6 :D

So aku belanje gambar2 SAGA FLX SE 1.6 dekat korang,

Bahagian Luar Kereta


Bonet Yang Luas.



Bahagian Dalam Kereta

Auto Adjust Side Mirror


Stylish Gear Knob


"SAT" ???



Bahagian Engine Kereta

Kalau tengak gambar dekat atas ni, Proton ada buat macam yang aku balut salur paip air-con, boleh check dekat entry http://gohighways.blogspot.com/2010/09/step-to-diy-meningkatkan-prestasi-car.html. Aku balut lagi banyak area dari yang proton bagi. Hehe diorang tiru ilham dari blog aku ke, tengak pada gaya pakai cable tie macam same je hehehe???