Showing posts with label Teknikal. Show all posts
Showing posts with label Teknikal. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Had Laju Highways

Di Isle of Man sebuah pulau jajahan Inggeris di laut Irish. Setiap jalan raya di pulau itu tidak mempunyai had laju yang ditetapkan. Sesiapa yang suka bawa kenderaan dengan laju, anda tidak akan dimarahi atau disaman jika bawak sampai pecah meter sekali pun di sana.


Had laju jalanraya tak boleh ditetapkan sesuka hati. Kalau nak tetapkan kelajuan sesuatu jalan raya kena ambil faktor2 berikut.

*Ditetapkan berdasarkan reka bentuk jalan ( speed design )
*Kadar kemalangan di sesuatu kawasan jalan raya
*Keadaan berbahaya seperti kawasan tanah runtuh, angin lintang, atau pun kawasan haiwan melintas.


Had Laju UTAMA

Lebuhraya - 110km/j @ 70 batu sejam. Diturunkan pada 80-90 di kawasan2 tertentu seperti bukit tinggi, angin lintang, kadar trafik tinggi dan sebagainya.

Jalan Persekutuan - 90km/j dan 60km/j bagi kawasan bandar.

Jalan Negeri - 90km/j dan 60km/j kawasan bandar.

Had Laju Kenderaan Berat

Lebuhraya - 80 hingga 90km/j

Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri - 70 hingga 80km/j

Had Kawasan Lain

Kawasan sekolah dan waktu puncak - 35km/j

Musim perayaan dan Negeri - 80km/j



*Patuhi lah had laju, ingat2 lah yang kelajuan itu membunuh. Bukan semua jalan boleh laju dan bukan semua jalan boleh perlahan. Kalau bawak slow macam siput jangan lah masuk lorong paling kanan !


Tuesday, September 7, 2010

Heel and Toe

" Heel & Toe " bukan lah adik beradik " Tom & Jerry " tapi adalah satu teknik asas yang membantu mengekalkan kepantasan melalui selekoh. Dengan mengunakan teknik ini bila drop gear akan rasa smooth dan ini membantu untuk menjaga gearbox.

Teknik ini mermelukan lebih tumpuan untuk dilaksanakan dengan betul dan boleh juga mengelirukan.

Untuk memulakan teknik ini kelajuan engin ( rev ) perlu ditingkatkan dahulu, kepada RPM yang sesuai sebelum klac dilepaskan semula. Kaki kanan paling dekat dengan pedal minyak dan oleh itu ianya diberi tanggungjawab tersebut. Biarpun masih memijak brek, tumit kaki akan digerakkan ( bahagian hadapan tapak kaki kekal menekan brek ) ke arah pedal minyak dan menekan pendikit minyak dengan sedikit. Apabila rpm meningkat, klac kemudiannya dilepaskan semula untuk transisi yang lancar antara gear transmisi dan enjin. Tumit kaki kemudiannya akan digerakkan semula kepada posisi awal, pada masa yang sama kaki kanan melepaskan brek dan bersedia untuk memecut semula.

Penjelasan diatas adalah kegunaan dan kepentingan " Heel & Toe " dilakukan semasa memandu dengan laju atau semasa perlumbaan. Untuk memudahkan teknik ini difahami, langkah2 yang terlibat akan dihuraikan :

*Lepaskan minyak dan mula menekan brek dengan kaki kanan
*Sebelum selesai membrek, kaki kiri mula menekan klac
*Tangan kiri mula menukar gear yang lebih rendah ( tangan kanan masih memegang roda stereng )
*Kaki kanan masih menekan brek tetapi bahagian tumit digerakkan ke arah pedal minyak pada penjurunya.
*Bahagian tumit memijak pedal minyak lalu meningkatkan RPM ( bahagian hadapan kaki mengekalkan tekanan brek yang sama )
*Kaki kiri mengekalkan klac, dan tumit kaki kanan digerakkan kembali ke posisi biasa.
*Setelah selesai membrek, kaki kanan digerakkan kembali ke arah pedal minyak dan bersedia untuk memecut semula

Langkah-langkah diatas mengambil masa kurang dari satu saat untuk dilaksanakan. Idea disebalik teknik ini adalah transisi sempurna antara membrek dan memecut, tanpa kelambatkan dan dilakukan dengan lancar. Jika dilakukan dengan sempurna, anda tidak akan merasai sebarang sentakan apabila menurunkan gear dan memecut semula.

Saya sendiri masih dalam proses pembelajaran. Proses ini mengambil masa dan perlu dilakukan dari tahap percubaan sebelum dilakukan dengan kelajuan yang tinggi. Video dibawah menunjukkan cara2 yang lebih jelas untuk teknik " Heel & Toe " ini. Akhir sekali selamat mencuba !





Sumber : Majalah Shift & Youtube.