Tuesday, September 28, 2010

Macam mana nak hilangkan getah pokok dekat kereta?

Macam mana nak hilangkan getah pokok dekat kereta?

Cara paling mudah nak hilangkan getah pokok dekat kereta ialah dengan mengunakan " rubbing alcohol ", " hand sanitizer " atau boleh juga gunakan " finger nail polish remover ".




Letakkan cecair ini pada kain kapas @ kain @ span dan gosok pelahan2 pada getah pokok yg melekat dekat kereta. JANGAN gosok kuat2, kang tak pasal2 calar.

Kemudian bilas dengan campuran air dan baking soda.

Langkah terakhir gunakan wax di bahagian yang terkena getah pokok.

Selamat Mencuba :D

Wednesday, September 15, 2010

Repair Bumper Kereta

Hari tu ada kereta Persona, undur punya undur. Kprakkk! Bumper belakang sudah pecah la pasai langgar satu objek yang tak dapat dikenal pasti. Sebab tengah malam.

Nak repair kedai mau beratus2. Mau beli baru lagi lah beratus2. So solution nya D.I.Y je walaupun hasilnya x seberapa kemas ia tetap kukuh dan masih selamat digunakan. Ada duit lebih baru simen and spray dekat kawasan yang retak.

Bahan yang digunakan untuk kerja2 merepair bumper yang sudah retak.


Benda alah ni murah je. Potong sikit2 sebab bila dah uli benda ni dia jadi keras dalam 2~5 minit. So lepas da rata kan bahagian A dan B. Cepat2 tapek dekat tempat yang nak di repair. Tunggu sehingga keras. Siap. Senang je. Gaya nya macam korang amik plastesin lepas tu tampal dekat kawasan yg pecah, bocor, retak atau seumpamanya.



Maaf la tak jelas. Kamera HP je. Ni la rupa bentuk bahan yang digunakan untuk repair bumper yang retak.



Boleh juga digunakan untuk buat balik tempat slot skru yang dah patah.



Hasil dari kerja menampal2. Nasib baik retak nye dekat bahagian no plate. Boleh gak cover. Tak payah gadoh2 nak simen sangat.

D.I.Y Hilangkan Calar di kereta

Apa perasaan jika kita bangun pagi2. Pergi tengak dekat kereta kesayangan kita, tengak2 ada calar baik punya. Panjang pula tu. Mesti hati bengang tahap gile nye...


Hari tu pergi jumpa apek dekat kedai HardWare, tanya dia macam mana mau hilangkan calar yang ada dekat kereta. Dia soh cuba guna campuran pengosok halus.


So beli la, balik cuba gosok dekat calar kereta. Gosok dalam bentuk bulatan. "bulat..bulat..bulat" (ikut suara macam Dr. gigi dalam cerita upin&ipin)


Dan hasil nya agak memuaskan. Hilang semua bekas calar. Habis semua calar2 halus dekat kereta aku hilang. Cuma jangan gosok kuat sangat dekat bahagian plastik macam bumper depan dan belakang, nanti tercabut cat nye. Kalau dekat bahagian besi x pe gosok kuat2. Dan gunakan kain yang lembut , macam kain basuh kereta. Yang ada ruang2 micro tu lagi bagus nak gosok bulat2 ni. :P


Nampak seperti kereta baru! lepas siap gosok jangan lupa basuh dan pergi wax. Baru la cat kereta tu nampak lawa dan tahan lama serinya :D


*campuran pengosok halus atau compound fine ni boleh juga digunakan untuk mengosok piston. Kasi licin sikit piston2 yang calar tu. Piston dah berkilat baru boleh PERGI!!

*Perhatian D.I.Y ini hanya boleh digunakan untuk kereta yang pakai kaler SOLID, yang matelic tak dapek nak tolong...

Step to D.I.Y "Meningkatkan Prestasi Car Air Conditioner"

Senarai harga bahan2 untuk memulakan D.I.Y Meningkatkan Pretasi Car Air Conditioner .


Antara bahan2 nya ialah :

*Foam Pipe
*Aluminium foil tape
*Cable Ties
*Pisau @ Gunting

Dah ada bahan2 nya boleh la mula membalut... Hehe~


*kalau tak tahu nak cari mana salur paip aircon. Buka aircon kereta anda kemudian tunggu beberapa minit then matikan engine. Tengak mana2 salur dekat bahagian engin yang nampak macam basah2 sket. Then cuba sentuh jika sejuk. Itulah salur aircon kereta anda. Dan boleh la mula proses men D.I.Y :D

*UPDATE.

Kasi balut habis dari paip bawah sampai ke hujung..haha, Sejukkk woo air con kate aku...

Tuesday, September 7, 2010

Heel and Toe

" Heel & Toe " bukan lah adik beradik " Tom & Jerry " tapi adalah satu teknik asas yang membantu mengekalkan kepantasan melalui selekoh. Dengan mengunakan teknik ini bila drop gear akan rasa smooth dan ini membantu untuk menjaga gearbox.

Teknik ini mermelukan lebih tumpuan untuk dilaksanakan dengan betul dan boleh juga mengelirukan.

Untuk memulakan teknik ini kelajuan engin ( rev ) perlu ditingkatkan dahulu, kepada RPM yang sesuai sebelum klac dilepaskan semula. Kaki kanan paling dekat dengan pedal minyak dan oleh itu ianya diberi tanggungjawab tersebut. Biarpun masih memijak brek, tumit kaki akan digerakkan ( bahagian hadapan tapak kaki kekal menekan brek ) ke arah pedal minyak dan menekan pendikit minyak dengan sedikit. Apabila rpm meningkat, klac kemudiannya dilepaskan semula untuk transisi yang lancar antara gear transmisi dan enjin. Tumit kaki kemudiannya akan digerakkan semula kepada posisi awal, pada masa yang sama kaki kanan melepaskan brek dan bersedia untuk memecut semula.

Penjelasan diatas adalah kegunaan dan kepentingan " Heel & Toe " dilakukan semasa memandu dengan laju atau semasa perlumbaan. Untuk memudahkan teknik ini difahami, langkah2 yang terlibat akan dihuraikan :

*Lepaskan minyak dan mula menekan brek dengan kaki kanan
*Sebelum selesai membrek, kaki kiri mula menekan klac
*Tangan kiri mula menukar gear yang lebih rendah ( tangan kanan masih memegang roda stereng )
*Kaki kanan masih menekan brek tetapi bahagian tumit digerakkan ke arah pedal minyak pada penjurunya.
*Bahagian tumit memijak pedal minyak lalu meningkatkan RPM ( bahagian hadapan kaki mengekalkan tekanan brek yang sama )
*Kaki kiri mengekalkan klac, dan tumit kaki kanan digerakkan kembali ke posisi biasa.
*Setelah selesai membrek, kaki kanan digerakkan kembali ke arah pedal minyak dan bersedia untuk memecut semula

Langkah-langkah diatas mengambil masa kurang dari satu saat untuk dilaksanakan. Idea disebalik teknik ini adalah transisi sempurna antara membrek dan memecut, tanpa kelambatkan dan dilakukan dengan lancar. Jika dilakukan dengan sempurna, anda tidak akan merasai sebarang sentakan apabila menurunkan gear dan memecut semula.

Saya sendiri masih dalam proses pembelajaran. Proses ini mengambil masa dan perlu dilakukan dari tahap percubaan sebelum dilakukan dengan kelajuan yang tinggi. Video dibawah menunjukkan cara2 yang lebih jelas untuk teknik " Heel & Toe " ini. Akhir sekali selamat mencuba !





Sumber : Majalah Shift & Youtube.