1.Sport rim - setiap pemilik kereta menyimpan cita-cita untuk memasang sportrim terbaru pada kereta mereka. Memang cantik tetapi berhati-hati dengan saiz sport rim yang anda pilih. Salah pilih, lepas 3 bulan, semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar. Jadi bagaimana memilih sport rim yang sesuai. Kalau rim asal kereta kita cuma bersaiz 13 inci dan 5 1/2 inci lebar dan menggunakan tayar saiz 175/70, pastikan rim yang anda pilih bersama saiz tayar mempunyai diameter keseluruhan yang sama dengan yang asal (minta kedai tayar menasihatkan anda). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan speedometer kita tidak tepat, clearance terkeluar, aligment susah masuk, kereta jadi berat, pick-up tak ada, minyak makan kuat, terasa seperti naik kuda di highway.
2.Air filter kon - trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki. Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kerta akan terasa ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat 0.5%-1.0%.
3.Silicon plug wire - Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk sedikit(kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas.
4.Stud bar atau stabilizing bar - sebenarnya bar ni tak perlu kerana ia cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.[/color]
5.Tinted cermin - Ini kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati, produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya. Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu lain dan ini menjadi satu kesalahan.

alffian from http://www.sioloon.com
5 comments:
bab silicon plug dgn plug irridium tu mmg setuju.. ari tu penah tukar, mmg terbaik performance but tetiba je ada bunyik2 bila check rupanya ada leaking kt hujung kepala tu. bayangkan kalau tetiba saluran minyak bocor pastu spark menyambar tak ke terbakar kereta. start dari situ aku pakai balik cable plug ori
nasib bek kate ko tak tebakar..kalau x mesti sedih x belagu :(
trangkn la plug sjuk ngn pnas..cm ne...bru tau ni
Bro..bole trgkn cre susunan cable plug cmne..yg kt enjin..ngn kt coil tu
Moral of story jgn suka menambah aksesori yg bukan2/xpntig sgt bagi kreta, Ikut asal pngeluar. Klau sportrim saiz 15 nk pkai jnis lain pastikan saiz yg sma atau lebih 1 inci xpe cnthnya 15 tukar 16. Bab2 spark plug & kabel 2 pun prnah terjadi pada aku msa pkai satria n wira. pkai spark plug 4 kpala trasa sengut2 skit bila enjin pnas tpi enjin sjuk ok.Pk2 blik jika plug api kuat,kabel api kuat pkai plak treatment utk tmbah kuasa api di enji sntadrt mau bobos piston n 2 r tjadi pda satria aku piston blubang kmudian kne tukar sketul enjin halfcut huhu. Try pkai alat pnstabil arus bteri jnama FPS saver pda persona naik bukit pick up cm kena cut bila cabut bru rsa ok. Aku rsa r bnda2 ni smua elok digunakan utk knderaan berusia yg mgalami kbocoran arus dan utk knderaan high perfomence sperti turbo dll r sbb pda kreta NA n yg bwah usia 9 thun kurag ssuai di gunakan. Jnji pndai jaga servis dll ckup memadai.
Post a Comment