Tuesday, September 7, 2010

Berhati-hati di Lebuh Raya

Berhati-hati di lebuh raya di musim perayaan ini. Kerana ramai yang pulang ke kampung, kenderaan di lebuh raya semasa musim perayaan ini akan bertambah dangan drastik. Hati2 jika memandu dalam hujan dan sentiasa pandu kenderaan dalam keadaan berhati-hati. Berehat jika anda berasa penat atau mengantuk. Pemanduan selama dua jam keatas tanpa henti akan mengakibatkan kita berasa penat dan mengantuk.

Sebelum pulang ke kampung pastikan anda memeriksa bahagian engine seperti timing belt, minyak hitam, minyak break, dan lain2 dalam keadaan baik. Periksa tekanan angin tayar, bunga tayar elok lagi ke tidak. Dan lain2 yang dirasakan perlu diservis. Jangan hanya make-up kenderaan anda. Pastikan juga komponen2 penting di bahagian engine berada dalam keadaan baik. Tak guna kereta lawa2 kalau tersadai di tepi highway.

Saturday, September 4, 2010

Meningkatkan Prestasi Car Air Conditioner

Percaya atau tidak, siapa saja yang masuk ke dalam kereta saya pasti akan menggigil kesejukan. Sebahagian besar kompresor AC terletak berdekatan engine. Malangnya, lokasi ini akan membuatkan paip AC menjadi panas. AC (Air Conditioner) paip akan menyerap panas & meningkatkan suhu Ucold freon R134a cecair yang mengalir di paip sehingga membuat kondensor AC harus bekerja lebih keras untuk mengurangkan panas tambahan ini.Prestasi AC akan menurun dan ini juga akan mengurangkan gas mileage.

Jadi apa penyelasaiannya?






Cari Foam Pipe yg terdapat di kedai-kedai HardWare, kemudian bungkuskan paip AC dengan Foam Pipe dan ikat mengunakan cable ties atau aluminium foil tape.



Hati-hati membungkus daerah ini jangan sampai tersentuh engine atau sumber2 haba, ini boleh mengakibatkan Foam Pipi cair @ terbakar. Jika anda masih memiliki lebihan, anda juga boleh cuba untuk membungkus paip bukan logam yang lain.



Cara ini akan membuatkan AC anda lebih sejuk, kurangkan pengunaan minyak dan memesrakan Alam sekitar :D

Friday, September 3, 2010

D.I.Y Motorcycle Voltage Stabilizer Part 1

Attention: Do this at your own risk. The author shall not be responsible for any damage or injury caused by using this circuit design. If you are unsure of any terms, please consult someone with electronic-based knowledge.


Sebelum ni aku dah post mengenai D.I.Y Car Voltage Stabilizer Part 1. Part seterusnya mungkin aku terangkan cara aku sendiri buat VS ( penambahbaikan dari wandzul punya) dan sedikit testimoni.

Pada post kali ni kita buat VS untuk motorsikal pula. Yang litar aku tunjukkan ni pun ambil dari forum Yamaha FZi. Tapi aku dah buat penambahbaikan dari yang asal.








Kegunaan VS ni : To stabilize Voltage of motorcycles, save oil, give more power, bright light.

Cara nak check berfungsi atau tidak : sambungkan terminal +ve VS ke +ve bateri dan -ve VS ke -ve bateri (akan ada sedikit spark, jangan risau sebab voltage baru nak masuk dalam capasitor). Selepas tu cabut kedua2 terminal dari bateri. Lihat LED. LED akan masih menyala kemudian beransur2 padam. Ini bermakna VS yang anda buat jadi.

Untuk VS motosikal cuba buat ia kalis air. Tutup mana2 lubang yg membolehkan air masuk.


*Update


Testimoni dari Ahmad Tinjau mengenai VS yang dibuatnya. Berpandukan litar diatas.


135LC (blok dh tukar);

-response enjin sedap, gear 3 kalau 90km/h tak mengerang, sblum pakai mmg mengerang bila 80kmh ke atas

kriss 110 (moto buruk tahun 1997);

-sebelum pakai gear 3 kne tarik kaw2 panjang, bila masuk gear 4 tetap tak larat (ada torque dip, kne slalu turun gear 3 balik walaupun gear 3 dh mengerang)
-selepas pakai vs, gear 3 masuk 4 smooth, power delivery cun skit. dah masuk gear 4 pun terasa moto tu bleh pegi, tak mcm dulu.

kriss 110 lg sebijik ;

semalam sy pasang kat kriss saya tahun 97 tu. saya wat test dgn kriss kawan saya yang akan di pasang vs hari ni, kirenye smlm xpasang lg la..

saya wat test pickup je. test dia berbentuk mcm ni.. rolling start (dlm 30kmh), masuk gear 3, pastu full throttle.. motor saya senang2 tinggal motor dia.. dan sama jugak, saya wat utk gear 4 jugak.. result sama.. motor sy lg pikap..

pastu test speeding, mmg kne tinggal la moto kwn sy tu kat belakang..

kemudian hari ni, saya pasang vs unit ketiga kt moto kwn saya tu,
ulang balik test rolling start gear 3 dan 4 sama mcm smlm.. agak tergamam bile motor dia boleh tapau motor saya, (tp x selaju sy tinggal moto die smlm la) memang die xde wat pape setting pun, cuma pasang vs je..

bile test speed plak, sama laju!
saya kecewa kena tapau, tapi puas ati beb tak yah modi pape pun dh power..



Wednesday, September 1, 2010

Bateri Kereta

Jika bateri kereta anda "kong" disebabkan lupa nak tutup lampu waktu off engine atau masalah2 lain. Boleh cuba cara jump start.


Alatan yang diperlukan:

1. Sepasang Jumper
2. Beteri Lemah ( kereta ada masalah )
3. Beteri Kuat ( kereta yang normal )


Langkah-langkahnya:

  1. Sebelum memulakan operasi "jump start" sila off kan segala lampu, radio, dan tanggalkan sambungan di soket 12V jika ada. Kedua2 kereta kena ikut langkah 1. Pastikan kedua2 kereta tidak bersentuhan.
  2. Connect (+) jumper ke (+) bateri lemah dahulu, kemudian (+) jumper yang lagi satu ke (+) bateri kuat. Yang positive biasanye ada cover atas die.
  3. Connect (-) jumper ke (-) bateri kuat. Dan (-) jumper lagi satu ke arah kawasan sekitar engine yang berkilat dan tanpa cat. Atau anda boleh connect je ke tiang support bonet depan kete anda tersebut. Jangan sesekali connect (-) bateri power dengan (-) bateri lemah.
  4. Sekarang try start kete anda yang mati tu. Boleh start ke tak? jika boleh start biar die running sekira 30-40 minit ntuk memastikan alternator tersebut mengcas bateri kereta anda.
  5. Jika tak leh jalan gak start kete yang power tu selama 15 minit dan lepas tu try start kete yang mati tersebut.
  6. Jika kedua2 cara tersebut tidak boleh, maka bateri tersebut sudah failed atau alternator tak mau cas. takde care lain kene tow truck.








Cara menjaga bateri supaya tahan lama :

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.

2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. (Itu dulu laa skarang ni diaorang dah tak buat dah kalau anda tak minta.) Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan asalkan air tersebut bukan di ambil dari pili air paip direct sebab dalam dia ada kadar klorin yg tinggi yang boleh bertindak balas dengan elektrolit dalam bateri.

Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.

3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik – baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.

4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja. Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda.Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.

Sekiranya anda baru tukar bateri baru di sarankan anda catatkan tarikh anda mula menggunakan bateri tersebut pada bahagian tepi bateri anda sebagai rujukan jangkahayat bateri anda (tulis gunakan pen marker permanent) sekurang2nye anda masih boleh ingat umur bateri kereta anda dan bila dah hampir 2 tahun guna anda boleh la stanby untuk tukar yang baru sebelum ianya kondem di tengah jalan sebelum sempat berbuat apa2.

D.I.Y Car Voltage Stabilizer Part 1

Attention: Do this at your own risk. The author shall not be responsible for any damage or injury caused by using this circuit design. If you are unsure of any terms, please consult someone with electronic-based knowledge.


Sebelum memulakan D.I.Y ini eloklah kita tahu serba sedikit mengenai komponen asas supaya x belaku kesilapan yang tidak diingini dan bila dah tahu serba sedikit mudah lah kita nak ber D.I.Y.

PEMUAT (CAPACITOR)

Secara ringkasnya pemuat ialah suatu alat penyimpan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas.

Apabila voltan dibekalkan kepada satu pemuat melalui suatu litar yang lengkap, maka elektron akan mengalir dari terminal negatif bekalan untuk memberi elektron yang berlebihan kepada satu plat.Elektron tersebut terus mengalir ke plat yang bertentangan dengannya dan terus ke terminal positif bekalan dengan meninggalkan plat tersebut sebagai kekurangan elektron.

Oleh itu arus mengalir di dalam wayar litar tetapi ada arus yang mengalir menembusi dielektrik pemuat. Setelah pemuat mengecas sepenuhnya, arus tidak akan mengalir lagi.






Ada dua jenis sambungan :



Ok kita ke kegunaan dan litar untuk nak buat V.S pula.

Kegunaan Voltage Stabilizer bukan sahaja untuk menstabilkan voltan bateri, malahan keseluruh rangkaian sistem elektronik/elektrik yang menggunakan sumber voltan.

Untuk membuat satu V.S yang baik sambungan capacitor dalam litar selari ( parallel ) adalah yang TERBAIK. Sebab itulah kebanyakkan V.S yang ada dipasaran buat secara litar salari.


capacitor yang digunakan dari jenis 85°c 16v Electrolytic Capacitor.

85°c = ialah nilai suhu yang capacitor boleh tahan. Seeloknya gunakan 105°c jika sambung terus ke bateri. Jika mengunakan soket 12V didalam cabin atau V.S untuk motosikal boleh gunakan 85°c .

16v = berapa volt yang capacitor boleh terima. Jangan gunakan 12V, kita tahu bateri kereta atau motorsikal ialah 12V tetapi ia boleh naik sehingga 13.5 dan lebih.

Nilai Ct (total) untuk kereta ialah 47,000uF keatas dan untuk motorsikal 150cc kebawah 20,000uF.

Boleh buat jika nak lebih nilai Ct tapi tak ada kesan apa2. Kira membazir la.

Fuse yang digunakan untuk kereta 20 amp dan motosikal 10 amp.

Cara nak Uji D.I.Y Car Voltage Stabilizer berfungsi atau tidak. Cabut atau off kan sambungan V.S dari terminal +ve bateri. Biarkan seketika sambil perhatikan LED. LED akan perlahan2 padam. Jika ini berlaku maka semuanya OK. Kalau LED x menyala , check fius atau mungkin ada sambungan yang salah.

Dan jika anda mempunyai kemahiran elektronik yang UP sket, anda boleh tambahbaikan. Letak High Amp Diode dekat sebelah -ve sebelum ke bateri. Letak suis untuk save current semasa off enjin. Letak IC timer untuk healt check voltage battery. Pasang Volt meter display untuk tahu nilai voltage. Buat PCB supaya component lebih tersusun. Pakai kabel mahal supaya tahan lama. Pasang fuse. Housing water proof. Spray housing. Tambah grounding Wire. Dan lain2.

Apa yang saya terangkan diatas ialah sedikit info2 untuk tambahkan pengatahuan .

Cara2 untuk membuat Voltage Stabilizer boleh didownload dari sini : DOWNLOAD



credit to Wandzul from peroduavivaclub


Go to D.I.Y Car Voltage Stabilizer Part 2 .