Monday, August 30, 2010

Servis Kereta

Bahagian Penting Kereta Yang Perlu Dijaga

Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.






Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap
40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:
Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km
Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.




*Gambar diambil dari Encik Google.

Sunday, August 29, 2010

Post pertama

Post pertama untuk blog ni. Mulanya aku sahaja2 je nak buat blog ni. Tak ade tujuaan pun. Tak sangka boleh jadi hampir sama macam Facebook. Cuma belum lengkap isi2 nya. Rangka semua dah siap :P

Blog ni dilahirkan pada 29/8/2010 . Waktu2 bulan puasa la idea2 kreative ni nak datang. Blog ni mungkin aku akan isi kan dengan post2 ilmiah berunsurkan high way, atau jalan raya dan apa sahaja yang berjalan atau bergolek dijalan raya.

Perancangan entri2 akan datang :

Ilmu keselamatan jalan raya, sejarah jalan raya, apa yang best dengan highway, kereta, motosikal, basikal, penjalan kaki, kemalangan, ape2 la berkaitan dengan "HighWays".

Sekian... Kalau sudi follow lah blog nih and klik2 la iklan yang ade :P