Wednesday, October 27, 2010

Had Laju Highways

Di Isle of Man sebuah pulau jajahan Inggeris di laut Irish. Setiap jalan raya di pulau itu tidak mempunyai had laju yang ditetapkan. Sesiapa yang suka bawa kenderaan dengan laju, anda tidak akan dimarahi atau disaman jika bawak sampai pecah meter sekali pun di sana.


Had laju jalanraya tak boleh ditetapkan sesuka hati. Kalau nak tetapkan kelajuan sesuatu jalan raya kena ambil faktor2 berikut.

*Ditetapkan berdasarkan reka bentuk jalan ( speed design )
*Kadar kemalangan di sesuatu kawasan jalan raya
*Keadaan berbahaya seperti kawasan tanah runtuh, angin lintang, atau pun kawasan haiwan melintas.


Had Laju UTAMA

Lebuhraya - 110km/j @ 70 batu sejam. Diturunkan pada 80-90 di kawasan2 tertentu seperti bukit tinggi, angin lintang, kadar trafik tinggi dan sebagainya.

Jalan Persekutuan - 90km/j dan 60km/j bagi kawasan bandar.

Jalan Negeri - 90km/j dan 60km/j kawasan bandar.

Had Laju Kenderaan Berat

Lebuhraya - 80 hingga 90km/j

Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri - 70 hingga 80km/j

Had Kawasan Lain

Kawasan sekolah dan waktu puncak - 35km/j

Musim perayaan dan Negeri - 80km/j



*Patuhi lah had laju, ingat2 lah yang kelajuan itu membunuh. Bukan semua jalan boleh laju dan bukan semua jalan boleh perlahan. Kalau bawak slow macam siput jangan lah masuk lorong paling kanan !


Saturday, October 23, 2010

LED kelip-kelip

Seronok tengak kereta orang bila malam ade lampu merah kelip2, biru kelip2. Aku tak tau fuction diorang pasang benda tu. Mungkin untuk alarm kot?



So aku pon nak gak. Tapi aku nye advance sket. Lampu dia ada banyak kaler. LED ni sebenar nya aku amik dari bebola yang ley tukar2 warna, beli dekat i-city. Tu pun awek aku hadiahkan soh letak dalam kereta. Aku tengak bentuk dia x lawa. Pasal tu tukar jadi bentuk lain. ( sory b, d ubah2 gift yg b bagi )




Reflective Sticker Prosboc

Reflective Sticker Prosboc RM20, baru je amik kat ijat dekat TT CRS aritu. Ingat nak soh tampalkan ( ijat baik woo, tolong tampal sticker dekat kereta Hazrul free je ) tapi pikir2 balik baik tampal sendiri.


Sebelum tampal aku letak air sabun dulu, boleh adjust2. Nasib baik aku tampal x senget2. Ok je gelembung2 pun kurang.


Nak tampal sticker ni, pastikan huruf "S" betul2 dekat tengah antena. So baru sticker tu jadi center. Kalau aku tak tengak waktu ijat tampal sticker dekat kereta hazrul kompem aku tak tau :P

Thursday, October 21, 2010

DIY Car Soundproofing ( Engine Bay )

Bahan2 yang diperlukan :

*Insulation foam sheets
*Gam Dunlop
*Gunting
*Scraper


Sebelum memulakan proses men D.I.Y ni, ukur dulu bentuk nya kemudian tandakan and potong ikut shape.


Lapik dulu dengan kertas @ surat khabar sebelum memulakan proses menampal. Karang tak pasal2 gam Dunlop tu meleleh, kan susah.


Sapukan gam rata macam gambar diatas kemudian biarkan separa kering. WARNING ( sila pakai topeng dan cermin mata untuk langkah2 keselamatan, sebab aku abaikan tak pasal2 lepas siap kerja jadi tin tong jap sebab terbanyak bau gam :( )

Kemudian sapukan gam dekat insulation foam sheets ni. Sapu bagi rata. Dekat bahagian tepi2 jangan banyak sangat nanti meleleh.

Then tampal , dah siap.

Agak senang kerja ni, tapi aku ambil masa 3 hari ( total 5 jam ). Memang penat sampai sakit pinggan aku nak buat benda ni, ape2 pon lepas dah siap rasa seronok lak. At least ia hasil kerja aku sendiri. Lawa je aku tampal, memang puas hati !

Sunday, October 17, 2010

Auto Timer


Baru beli dan pasang benda alah ni. Hurm apa yang aku nak tulis ye??
Blur2...

Penerangan ringkas. Benda alah ni function dia untuk menjaga engine, kan x elok kalau terus off enjin. So kalau ada turbo timer nie. Dia sempat mengidle kan enjin sebelum matikan enjin.

Kos = RM60
Pemasagan = RM35 (mahal gile cina tu tekan aku)

side efek lepas pemasangan = mentol break light aku blow, dah kena tukar...

Friday, October 15, 2010

My GPS

Baru beli GPS latest edition, made from taiwan :D Just RM330 (4.3 inch). Have 2 GB Memory Card, holder, pen, USB Cable, Charger at soket & car.

Memang best ada 4 software (Papago X6, Garmin, Mapking n Sygic). Bole Play Video dengan lancar mcm DVD Player . Tak ada lag dan pantas.

Interface yang cukup lawa, simple dan menarik. Lepas beli terus aku cuba, sekajap gak aku ambil masa untuk mahir gunakan GPS ni.


Aku tak suka tengak 3D @ 2D view coz mengangu kontretasi aku nak memandu. So aku guna mode macam dekat atas, best sebab dia bagi tahu semua info. Arah jalan, masa yang diambil untuk sampai ke destinasi, max speed, average speed, dan yg paling penting pertunjuk kelajuan. Dah macam pakai digital meter. Selain tu fungsi speed trap yang masih tak dapat nak cuba coz x jumpa speed trap lagi :P Memang gempak hehe~



Video pertama ni tunjukkan betapa seronoknya aku tengak digital meter :P



Video kedua ni plak tunjukkan function GPS ni berfungsi. Memang aku bengang tol gan awek dalam GPS ni. Tak habis2 suruh aku patuhi had laju ! Dia punya petunjuk arah memang tepat .

Sesiapa yang nak dapatkan GPS ni boleh cari di Afin Motorspot atau hubungi 019-660 6365 (Afin). Selain GPS ni macam2 lagi dia jual, and harga memang murah dari kedai2 accessories diluar sana :D

Thursday, October 14, 2010

Fuse


Automotive fuses


Blade type fuses come in four physical sizes: low-profile mini, mini, regular and maxi

Automotive fuses are used to protect the wiring and electrical equipment for vehicles. There are several different types of automotive fuses and their usage is dependant upon the specific application, voltage, and current demands of the electrical circuit. Automotive fuses can be mounted in fuse blocks, inline fuse holders, or fuse clips. Some automotive fuses are occasionally used in non-automotive electrical applications. Standards for automotive fuses are published by SAE International (formerly known as the Society of Automotive Engineers).

Automotive fuses can be classified into four distinct categories:

1) Blade Fuses

2) Glass Tube or Bosch Type

3) Fusible Links

4) Fuse Limiters

Most automotive fuses rated at 32 volts are used on circuits rated 24 volts DC and below. Some vehicles use a dual 12/42 VDC electrical system [7] that will require a fuse rated at 58 VDC.



Sumber diatas dicopy terus menerus dari wikipidia :D

Dari apa yang aku belajar dengan lecture ee, fuse ni fungsinya untuk memutuskan sambungan litar jika terdapat current berlebihan, kegagalan komponen untuk berfungsi @ litar pintas. Ada dua cara untuk selamatkan litar dari litar pintas iaitu dengan pengunaan "circuit breaker" @ "fuse".

So kita tumpukan kepada fuse. Fuse ni ada berbagai jenis, bentuk dan (lupa plak apa lagi?).

Tanpa nak memanjangkan entri ni, kita skip terus ke bahagian " fuse apa yang perlu kita guna kalau nak buat VS untuk kereta @ motorsikal? "

Aku rasa elok pakai fuse yang bentuk macam ni. Sebab yang aku sure fuse ni operate dekat voltage DC .

Fuse diatas 10amp. Macam mana nak tau dia fuse 10amp? tengak dia ada tulis "10". Kalau dia tulis 15 @ 20 means fuse tu 15 @ 20 amp.

Ni gambar fuse holder, mana nak beli? Aku cari dekat jalan pasar,KL. Harga dalam RM2.50 , tak banyak kedai jual ni kalau jumpa nasib la.

Kalau tak jumpa fuse holder tu boleh cuba D.I.Y fuse holder tu. Harap gambar diatas menerangkan segala2 nya.

Fuse jenis dekat atas ni aku x sure boleh pakai ke tak, sebab aku belek2 dekat fuse ni ada simbol macam wave, means dia operate dalam AC volt.


Ni fuse holder untuk jenis fuse diatas.



*Harap entri ni dapat menjawab persoalan dari Ahmad Tinjau.

*Kalau ada fakta yg salah dalam ni sila tegur. Sebab penerangan ni base on knowledge semata2.

Wednesday, October 13, 2010

DIY Car Soundproofing

Next project DIY Car Soundproofing. Nak mula dengan engine bay dulu, then pintu, kalau de masa keseluruhan lantai kereta.

So tercari2 la apa yang sesuai. Jumpa pun apa yang diperlukan, cuma nak g beli and buat je.

-air-con insulation foam sheets ( jenama Superlon @ Armaflex )
-dunlop CA
-gunting/pisau

Set padel RAZO evo Part 2

Hari tu ingat nak hantar g kedai, soh kedai pasangkan. Tapi fikir2 balik macam membazir je. Lepas test2, godek2 sket dengan x da manual nak pasang. Selepas berhempas pulas selama 1jam ( cukup lama aku amik masa nak pasang set padel ni ) baru siap.


Lepas pasang, cuba test drive. Memang best, rasa macam bawa kereta racing :P


Dah boleh main Heel and Toe , test tadi sedap je. Dah boleh tekan breake dan minyak pada masa yang sama. Lepas ni boleh la tajamkan skill ni :D

Sunday, October 10, 2010

Prosboc

Pada 10.10.10 , juast wan 2 say that i just join da CLUB!!!

My P.I.D : CRS036


Sesiapa yang jumper2 aku nanti tegur2 la ye. Aku ni segan sket orang nye :P
Kalau ade konvoi g mane2 halo2 la aku....

Friday, October 8, 2010

D.I.Y Car Voltage Stabilizer Part 2



Attention: Do this at your own risk. The author shall not be responsible for any damage or injury caused by using this circuit design. If you are unsure of any terms, please consult someone with electronic-based knowledge.


Versi pertama : Jadi, tapi kos yang mahal dan besar.

Versi kedua : Terbukti jadi dan berkesan. Menaikan sedikit pickup dan menstabilkan voltage


Proses me'upgrade versi kedua menjadi versi ketiga @ V3.

Capacitor disusun dengan kemas untuk menjimatkan ruang

Pasang jumper

Pasang Perintang dan LED

Bahagian belakang

Pasang cable terminal +ve dan -ve

Bahagian belakang

Proses menebuk casing, masukan suis dan soket fuse

Siap

Pemasangan, VS berfungsi dengan baik. LED menyala, bila dicabutkan terminal +ve dan -ve atau off kan suis atau cabut fuse, LED masih menyala dan beransur2 padam.


*Update 22/1/2011

Ramai yang mintak diagram VS versi ke3. So sapa2 yang nak boleh rujuk litar diatas. TQVM.

Wednesday, October 6, 2010

Fungsi Volt Meter

Siapa ada pasang volt meter ?memang lawa tapi kalau beli voltmeter tak reti nak baca tak guna gak pasang. So ni cara2 tengak bateri kereta ok ke tak.

Bacaan Semasa Start Engine

1. Battery Charged (Normal) = Voltage display ranges from 13.0V to 15.9V.

2. Battery No Charge (Warning) = Voltage display ranges from 11.0V to 12.9V.

3. Battery No Charge (Low) = Voltage display ‘00’ and ‘Lo’ alternatively when fall below 11.0V.

4. Battery Over Charged (High) = Voltage display ‘--‘ and HI alternatively when reach 16.0V and above.


Bacaan Semasa Start Kunci Tapi Engine Tidak Dihidupkan

1. Battery No Charged (Normal) = Voltage display range from 12.2V to 12.9V (Reference Only).

2. Battery No Charged (Low) = Voltage display ‘00‘ and 'Lo' alternatively when fall below 11.0V.

NOTE : Must check the battery when case 2 appears.

Kebaikan dan Keburukan Acesories Kereta

1.Sport rim - setiap pemilik kereta menyimpan cita-cita untuk memasang sportrim terbaru pada kereta mereka. Memang cantik tetapi berhati-hati dengan saiz sport rim yang anda pilih. Salah pilih, lepas 3 bulan, semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar. Jadi bagaimana memilih sport rim yang sesuai. Kalau rim asal kereta kita cuma bersaiz 13 inci dan 5 1/2 inci lebar dan menggunakan tayar saiz 175/70, pastikan rim yang anda pilih bersama saiz tayar mempunyai diameter keseluruhan yang sama dengan yang asal (minta kedai tayar menasihatkan anda). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan speedometer kita tidak tepat, clearance terkeluar, aligment susah masuk, kereta jadi berat, pick-up tak ada, minyak makan kuat, terasa seperti naik kuda di highway.

2.Air filter kon - trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki. Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kerta akan terasa ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat 0.5%-1.0%.

3.Silicon plug wire - Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk sedikit(kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas.

4.Stud bar atau stabilizing bar - sebenarnya bar ni tak perlu kerana ia cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.[/color]

5.Tinted cermin - Ini kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati, produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya. Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu lain dan ini menjadi satu kesalahan.


alffian from http://www.sioloon.com

Set padel RAZO evo

Tak sabar nak tunggu barang ni dari kelantan. Barang jauh ni :D
Nanti dah sampai aku update gambar.

*dah sampai 10/10/10...


*ada calar sket2, tp x pe la janji design lawa...