Tuesday, November 16, 2010

Pasang Grounding Wire

Baru pasang Grounding Wire HKS, dapat murah RM40 siap pasang.

Secara keseluruhan, grounding wire tak ada kesan direct bagi keta baru , biasanya ia dipakai pada kereta yang dah berusia 5 tahun keatas.

Fungsi utama penggunaan ialah untuk menampung pengaliran elektrik dalam engin di samping mengganti wiring lama dalam engin kereta. Kerana semakin lama, wire ori dalam bahagian engine akan menjadi keras, kering ataupun pengaliran tak seberapa sempurna. So grounding wire ni boleh mengganti fungsi wire ori dalam kes pengaliran sempurna.

Grounding Wire yang bagus bukan pasal brand dia HKS ke atau lain2, tetapi jenis wire yang terkandung dalam wire. Biasa ada yang berkata platinum coated, copper wiring, carbon based etc..

Bagi aku, yang emas tu, dan tebal paling bagus. Saya takde fakta2 yang mendorong terhadap pemilihan tersebut tetapi mengikut gerak hati aku kerana copper biasa digunakan dalam dunia AUDIO di mana socket, screw, semuanya disaluti copper (warna emas), dan dipercayai bahawa elektrik mengalir lebih smooth bagi material copper.

Selain material yang penting diutamakan, yang kedua penting ialah point-point yang akan disambungkan dalam ruang engine keta anda.

Point tersebut, paling best, diuji teknikal dari mechanic menggunakan voltage meter. Yang voltage tinggi bermaksud grounding tak cukup utk menyah-cajkan elektrik berlebihan itu. Pelan pelan tersebut adalah lain bagi setiap mekanik mengikut pengetahuan dan pengalaman masing2. Tapi ada beberapa point yang ketara utk disambung cable, iaitu chasis keta & alternator.



So untuk penyambungan grounding wire ikut turutan ni...dari atas adalah tebaik .

1) Engine Head (nearest to spark plug is better)
2) Alternator
3) Throttle Body
4) Firewall
5) Right Body
6) Left body
7) Front Body


*Sumber ( Siu Yi dari Forum Prosboc )




10 comments:

Anonymous said...

brand hks nie baguss x bro??

Syukie said...

Brand ni ok gak la...
tapi yang aku pakai ni HKS dia bukan ori..

kalau ori mmg x dapat harga yang aku beli :P

moses said...

Kalau nak lagi bagus upgrade Big 3.Boleh tengok kat youtube.Saya dah buat.maklumlah kereta dah tua.buat pakai kabel saiz 2awg.kan main susah nak clamp.bagus bagi orang yang suka ICE.

Unknown said...

bro nak tanya klu kereta utk viva pointnya kat mana yer?..

Anonymous said...

Prestasi perjalanan saya sering digangu masaalah Aircond.Bila compressor hidup saja,kereta saya ibarat menarik lori.Dan masaalah ni berlaku sejak mula2 beli lagi..Adakah ia ada kaitan dengan grounding cable?

Anonymous said...

Klau pkai kabel wayar welding boleh k bro?

Hj.Rock111 said...

aku tambah 4point dan campur dgn 2 yg asal...semua jd 6point..cukup tak bro??tapi hasilnya mmg memuaskan...3 ke body dan yg 3 lagi ke injin(head),distribtl,injin...

Hj.Rock111 said...

pakai wayar warna hitam blh ka bro??? tp dalamnya semua tembaga besar....mohon jawapan...

Unknown said...

Saya pon sama jugak guna wayar welding 300 amp

amma said...

Kereta yang baru pakai setahun sesuai tak untuk pasang GC ni?