Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Saga FLX SE 1.6 Terbaru 2011

Saga FLX SE 1.6 baru je dilancarkan tak silap dalam bulan 12/2011. Harga kereta ni boleh tahan 49K , ada orang tanya dari ambil saga baik ambil perodua MyVi 1.5 SE lagi BEST!


Tapi bagi aku , kalau pakai sorang2 boleh la, aku ni dah nak dekat kahwin, nanti beli kereta kecik2 nak sumbat anak dekat mana? Balik KG mak / bakal mak mentua jenis suka bagi macam2 kalau nak balik, memang penuh bonet. So kalau ambil Myvi untuk space memang rasa tak berbaloi2...

Tapi ada juga orang cakap kenapa tak ambil pesona? harga dah boleh ambil pesona basic kot, lagi nampak Executive. Tapi aku memang menyampah tahap gaban bila bawak pesona. Bapa aku dah pakai pesona aku tau la, dah berapa kali tersondol bonet dan bermacam2 lagi sebab terlampau lah banyak blind spot nye, walaupun tinggi aku ni 170cm tambah tolak. Duduk dalam pesona tu masih susah nak pandang belakang.

Lain dengan Saga, aku memang dah bawak 1.3 punya, memang best. Setakat nak buat sliding, drift sikit2 dan reverse dengan kelajuan top, masuk parking rasa macam kacang,blind spot yang minima...So ciri2 ni la sebab aku sayang SAGA.

Ada rezeki aku akan upgrade ke 1.6 :D

So aku belanje gambar2 SAGA FLX SE 1.6 dekat korang,

Bahagian Luar Kereta


Bonet Yang Luas.



Bahagian Dalam Kereta

Auto Adjust Side Mirror


Stylish Gear Knob


"SAT" ???



Bahagian Engine Kereta

Kalau tengak gambar dekat atas ni, Proton ada buat macam yang aku balut salur paip air-con, boleh check dekat entry http://gohighways.blogspot.com/2010/09/step-to-diy-meningkatkan-prestasi-car.html. Aku balut lagi banyak area dari yang proton bagi. Hehe diorang tiru ilham dari blog aku ke, tengak pada gaya pakai cable tie macam same je hehehe???

Thursday, May 26, 2011

Lampu suluh jalan?

Setelah penat memerah otak, melihat kereta2 member yang berjaya buat. So dengan bebekalkan sedikit ilmu dan R&D akhirnya tercapai juga aku nak pakai lampu suluh jalan ni. Dah lama nak buat, barang dah ada dari bulan 2 lagi. Tapi bulan 5 baru buat sebab sebelum ni tak tahu cara nak pasang. Dah tahu apa lagi dengan pantas siap projek pasang lampu suluh jalan ni :)

Lapik seat dalam pun baru je tukar , cuma RM90. RM50 kos barang dan RM40 kos pasang. Barang tu murah sebab 2nd hand, janji masih lawa.

So dibawah la keadaan kereta aku sekarang :P








Next?
Nak balut CF Sticker. Sama juga barang dah ada cuma tak pasang je lagi. Kita tunggu dan lihat...

Wednesday, March 16, 2011

Panduan memilih WINDOW TINTING FILM.


Tinted cermin kereta ni ada tiga kategori/sifat.

No satu VLT (Visible Light Transmission), kedua UV (Ultra-violet) dan ketiga IR (Infra-red).

Secara detailnya penerangan seperti dibawah,

- VLT (Visible Light Transmission): Consider this carefully if you do not want to get into trouble with JPJ. As above stated, please do not exceed the amount. Please be also advised that our stock glass / window do have a certain negative percentage of VLT simply meaning do not choose tint VLT up to 70% exactly for your windscreen as your stock windscreen may have, e.g. -2% VLT, simply brings to 68% VLT only

- UV (Ultra-violet) Rejection: Having a high UV % is recommended. Most of the high-end good tint brand usually have up to 99% UV rejection. It is important as UV radiation can lead to faster ageing of the skin and risk of having skin cancer caused by ultra-violet rays.

- IR (Infra-red) Rejection: IR simply mean heat. The higher IR rejection a tint have, the better it will do in head shielding. If you guys are looking for tints that can really keep your car cool, look for tints that have high IR rather than VLT. However, high IR tints usually cost a fortune.

Secara ringkasnya apa yang kita perlu tahu, untuk UV Rejection kebanyakan tinted memang 99% memantulkan radiasi ini.Dan jika kita nak kereta kita sejuk pilih tinted yang IR Rejection tinggi %nya. Semakin tinggi, semakin mahal. Dan VLT tak berapa penting sebab bukan nya bila lebih gelap cermin kereta kita,lebih sejuk. Yang mempengaruhi sejuk kereta kita selepas tinted adalah kadar peratus balikkan IR. Kesimpulannya, jangan habiskan duit beli tinted yang gelap, tapi beli tinted yang tinggi peratus balikan IR. Yang biasa2 tinted pantulan IR sehingga +-50% dan yang terbaik 99% keatas.

Jika anda diberi pilihan sewaktu beli kereta baru, voucher tinted atau voucher servis. Pilih la voucher servis sebab mungkin boleh dapat free atau %%%. Jika anda ambil voucher tinted, katakanlah RM300. Tapi selepas siap pasang tinted semua dan ditolak dengan voucher harganya still mahal macam pasang biasa tanpa voucher atau discount. Seeloknya cari kedai yang boleh dipercayai dan buat servey2. Kalau ada member2 yang buka kedai tinted lagi baik. Boleh dapat murah.

Harga tinted biasa +-50% IR untuk satu kereta (depan kiri kanan belakang), kecuali MPV selalunya dalam RM200~400. Tapi kalau anda bernasib baik ada member2 mungkin boleh dapat dalam RM1800~200. Manakala untuk tinted +-99% IR, range harga dalam RM1000~3 00,tapi kalau pandai cari boleh dapat dalam RM800~1500. So selalu2 lah cari info dan pengatahuan untuk penjimatan berganda.


Tinted Type A : RM 180
(VLT : 55%, IR : 55%, UV : 99%)
Grey, Blue, Green, Brown
5 years warranty.

Tinted Type B : RM 280 (Deluxe)
(VLT : 56%, IR : 68-70%, UV : 99%)
Silver, Blue, Green, Gold
7 years warranty.

Tinted Type C : RM 480 (Master)
(VLT : 52%, IR : 76-80%, UV : 99%)
Silver, Blue, Green, Gold
8 years warranty.

Safety film 4mil (Nano Technology) : RM 499
(VLT : 55%, IR : 70-80%, UV : 99%)
Silver, Grey, Gold
8 years warranty.

High Performance Solar Film
(VLT 67%, IR 90%, UV 99%)
Solar Blue : RM 980 (8 years warranty)

High Performance Solar Film
(VLT 70%, IR 94%, UV 99%)
Solar Green : RM 1080 (8 years warranty)

Jika anda berminat mungkin boleh call saya untuk harga yang terbaik? Saya cuba bantu apa yang boleh. 017-3493060 ( naim ) / 019-6606365 (afin).

Naim tu saya pemilik blog ni, just tolong member2 apa2 pertanyaan tinted boleh call Afin, nak pergi kedai ada dekat bawah ni...

Monday, March 14, 2011

Tukar Ekzos

Disebabkan Bunyi ekzos stendert yang senyap sepi, gatal2 la tangan ni nak pergi melaburkan duit buat ekzos yang bising sikit.


Kos nak buat ekzos dalam RM240 je. Just tukar tabung. Tu pun bunyi dah ok bagi aku. Buat apa nak tukar fully piping kalau ekzos memang dah terbaik.
Vrooom,vrrooooommm.. Kepisshh~


Tukar ekzos dekat kedai pakar ekzos,kedai dia warna kuning…Betul2 dekat kedai makan bawah jambatan berhampiran Hospital Pantai.

SSR Type F 15" & Yokohama, PARADA Spec-2

My White Syukie dah dapat kasut baru :)
Harga kasut dia bukan main mahal lagi, mengalahkan kasut aku.
Kasut aku baru RM60 je. Si Syukie punya kasut, Perrgghh sampai RM1700!
Tak pe la demi sayang dekat Si Syukie ni aku sanggup buat apa je.
Asalkan dia tak menyusahkan aku, dah cukup baik.

Kasut Lama

Kasut Baru

Yokohama, PARADA Spec-2

Proses Pemasangan

Agak lawa la

SIAP dah pakai kasut BARU!


Nak tahu aku buat dekat mana?
Contact Person : 012-2573348 (Ah Kit)

Sunday, March 13, 2011

Saman Ekor dan Bayar Saman



Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.


(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google


Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?


1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?


2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI


3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?


Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:


a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.


b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.


c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.


Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Monday, December 6, 2010

Info about Saga EV


Saga EV atau Saga Electric Vehicle, kenderaan yang mengunakan tenaga electric sepenuhnya. Tak de guna petrol dah :D

Kenderaan ni aku rasa sesuai untuk kegunaan pergi balik kerja je. Sebab limit perjalanan 140KM, dan masa nak charging balik dalam 8 jam ( soket 240V ) atau 30 minit ( 50kW ).


Kereta ni memang nampak best tapi kalau difikirkan balik. Kalau nak guna untuk buat balik kampung teramat lah tak sesuai. Sekarang ni musim perayaan kalau kereta yang guna petro pon boleh beratur panjang nak isi minyak dekat R&R. Isi petrol paling lama pun satu kereta 10~15 minit. Cuba bayangkan kalau nak charging dekat R&R. satu kereta paling cepat dalam 30 minit. Dibuatnya stesen charging tu sikit je. Memang penuh la jawabnya. Dan semakin sesak lah lebuhraya dekat Malaysia ni di musim perayaan :P

Dan kaki racing mesti tak suka kereta ni sebab limit kelajuan yang tak berapa nak best.

Untuk info selebihnya, boleh lihat gambar2 dibawah.


Apa2 pun syabas Proton sebab dapat buat kereta yang best2 walaupun hanya baru dalam dunia Automotive.