19 june 2020.
Hari pertama ambil kereta baru, beli secara tunai. Malas dah
nak fikir pasal loan2 bank ni kalau boleh.
Sebelum pakai kereta besar ni. Aku pakai myvi ezi lagi best
tahun 2011. Kereta ni pada 2020 tak habis lagi hutang. Kereta ni sekarang buat
kereta sewa je dekat melaka. Sesiapa pergi berjalan-jalan dekat melaka, nak
sewa kereta boleh halo2. InshaAllah aku bagi rate sewa baik punya.
Berbalik kereta baru MPV ni. Disebab kan dah ada 3 anak dan
diorang pun mula nak membesar.
Kereta myvi tu dah tak muat dengan beg balik kampung, car
seat lagi wajib kena pakai dah tahun 2020 ni. So memang sesuai sangat lah
upgrade kereta terus.
Cari punya cari. Kereta naza ria yang tersangkut di hati dan
poket. Mungkin orang kata, "naim, ko mampu kot pakai wish, estima. Kenapa
ambil naza? Tak ada brand kot".
Jawapan aku. Ambil naza ria ni sebab harga dia paling murah
antara pilihan yang ada. Duit lebih tu boleh la buat repair apa yang patut.
Harga dia lebih murah dari mpv yang sama cc atau lebih
kurang.
Wish 2.0, 2003, 1st generation = RM30-34K
Estima 2.4, 2003, 2nd generation = RM30-34K
Estima 2.4, 2006, 3rd generation= RM50-55K
Alphard 2.4, 2003, 1st generation = RM40-50K
Innova 2.0, 2005, 1st generation = RM18-23K
Naza Ria 2.5, 2003,
1st generation = RM6-10K
Bukan tak nak ambil avanza, exora kereta tu bagus besar.
Masalah dia engine tak cukup power nak bawa body yang berat. Bagi aku MPV kalau
nak sedap ambil yang 2.0 keatas.
Kalau ambil kereta yang lain dah la mahal, kena buat loan
sebab tak cukup tunai. So aku rasa rugi dekat situ. Lebih baik pakai kereta
beli tunai murah, lepas tu buat balik jadi baru. Kereta ni bukan macam manusia
makin lama makin tua. Dah tak boleh jadi muda balik.
Buat je balik engine, selagi body tak karat, ok la tu.
Part-part lain yang reput / rosak, boleh tukar sikit-sikit. Janji engine elok
boleh jalan jauh.
Setakat ni paling jauh pernah sampai tangkak johor dari Selangor. Total perjalanan dah capai dekat 3000KM sejak beli. Sikit je lagi dah nak kena servis. Kereta lama servis mesti kena jaga tip-top baru kereta tak buat masalah.
Apa pun ni pendapat peribadi aku, so korang yang tengah survey-survey kereta apa yang sesuai? Tengok keperluan dan poket. InshaAllah akan jumpa yang terbaik.
Next post aku akan share macam mana rasa pakai MPV Naza Ria ni A.K.A AG singkatan anak gajah. Kalay bapak gajah mungkin Vellfire @ Alphard sebab diorang ni lagi tinggi dan besar berbanding AG.
Bawah ni aku kongsi gambar yang diambil dari laman web mudah.

Wish 2.0, 2003 |
Estima 2.4, 2003 |
Estima 2.4, 2006 |
Alphard 2.4 |
Innova 2.0 |
Naza Ria 2.5 |
No comments:
Post a Comment