Alatan yang diperlukan:
1. Sepasang Jumper
2. Beteri Lemah ( kereta ada masalah )
3. Beteri Kuat ( kereta yang normal )
Langkah-langkahnya:
- Sebelum memulakan operasi "jump start" sila off kan segala lampu, radio, dan tanggalkan sambungan di soket 12V jika ada. Kedua2 kereta kena ikut langkah 1. Pastikan kedua2 kereta tidak bersentuhan.
- Connect (+) jumper ke (+) bateri lemah dahulu, kemudian (+) jumper yang lagi satu ke (+) bateri kuat. Yang positive biasanye ada cover atas die.
- Connect (-) jumper ke (-) bateri kuat. Dan (-) jumper lagi satu ke arah kawasan sekitar engine yang berkilat dan tanpa cat. Atau anda boleh connect je ke tiang support bonet depan kete anda tersebut. Jangan sesekali connect (-) bateri power dengan (-) bateri lemah.
- Sekarang try start kete anda yang mati tu. Boleh start ke tak? jika boleh start biar die running sekira 30-40 minit ntuk memastikan alternator tersebut mengcas bateri kereta anda.
- Jika tak leh jalan gak start kete yang power tu selama 15 minit dan lepas tu try start kete yang mati tersebut.
- Jika kedua2 cara tersebut tidak boleh, maka bateri tersebut sudah failed atau alternator tak mau cas. takde care lain kene tow truck.
Cara menjaga bateri supaya tahan lama :
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. (Itu dulu laa skarang ni diaorang dah tak buat dah kalau anda tak minta.) Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan asalkan air tersebut bukan di ambil dari pili air paip direct sebab dalam dia ada kadar klorin yg tinggi yang boleh bertindak balas dengan elektrolit dalam bateri.
Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.
3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik – baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.
4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja. Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda.Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.
Sekiranya anda baru tukar bateri baru di sarankan anda catatkan tarikh anda mula menggunakan bateri tersebut pada bahagian tepi bateri anda sebagai rujukan jangkahayat bateri anda (tulis gunakan pen marker permanent) sekurang2nye anda masih boleh ingat umur bateri kereta anda dan bila dah hampir 2 tahun guna anda boleh la stanby untuk tukar yang baru sebelum ianya kondem di tengah jalan sebelum sempat berbuat apa2.
1 comment:
petua anda amat penting skali buat saya yg 0 bab kete ni... makaseh
Post a Comment