Wednesday, September 15, 2010

D.I.Y Hilangkan Calar di kereta

Apa perasaan jika kita bangun pagi2. Pergi tengak dekat kereta kesayangan kita, tengak2 ada calar baik punya. Panjang pula tu. Mesti hati bengang tahap gile nye...


Hari tu pergi jumpa apek dekat kedai HardWare, tanya dia macam mana mau hilangkan calar yang ada dekat kereta. Dia soh cuba guna campuran pengosok halus.


So beli la, balik cuba gosok dekat calar kereta. Gosok dalam bentuk bulatan. "bulat..bulat..bulat" (ikut suara macam Dr. gigi dalam cerita upin&ipin)


Dan hasil nya agak memuaskan. Hilang semua bekas calar. Habis semua calar2 halus dekat kereta aku hilang. Cuma jangan gosok kuat sangat dekat bahagian plastik macam bumper depan dan belakang, nanti tercabut cat nye. Kalau dekat bahagian besi x pe gosok kuat2. Dan gunakan kain yang lembut , macam kain basuh kereta. Yang ada ruang2 micro tu lagi bagus nak gosok bulat2 ni. :P


Nampak seperti kereta baru! lepas siap gosok jangan lupa basuh dan pergi wax. Baru la cat kereta tu nampak lawa dan tahan lama serinya :D


*campuran pengosok halus atau compound fine ni boleh juga digunakan untuk mengosok piston. Kasi licin sikit piston2 yang calar tu. Piston dah berkilat baru boleh PERGI!!

*Perhatian D.I.Y ini hanya boleh digunakan untuk kereta yang pakai kaler SOLID, yang matelic tak dapek nak tolong...

3 comments:

nazri said...

permisi pak nk copy paste artikelnya.. ngeh2

Aleiz said...

bro, pas gosok tu die jadi kaler coklat tu ke? pastu cmne nak samakan dgn kaler kereta?

faizul badri said...

Boleh juga guna fix it pro scratch remover...
Calar boleh hilang. Kena try....
http://www.muslimchoices.com/?p=scratch_remover