Wednesday, September 1, 2010

D.I.Y Car Voltage Stabilizer Part 1

Attention: Do this at your own risk. The author shall not be responsible for any damage or injury caused by using this circuit design. If you are unsure of any terms, please consult someone with electronic-based knowledge.


Sebelum memulakan D.I.Y ini eloklah kita tahu serba sedikit mengenai komponen asas supaya x belaku kesilapan yang tidak diingini dan bila dah tahu serba sedikit mudah lah kita nak ber D.I.Y.

PEMUAT (CAPACITOR)

Secara ringkasnya pemuat ialah suatu alat penyimpan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas.

Apabila voltan dibekalkan kepada satu pemuat melalui suatu litar yang lengkap, maka elektron akan mengalir dari terminal negatif bekalan untuk memberi elektron yang berlebihan kepada satu plat.Elektron tersebut terus mengalir ke plat yang bertentangan dengannya dan terus ke terminal positif bekalan dengan meninggalkan plat tersebut sebagai kekurangan elektron.

Oleh itu arus mengalir di dalam wayar litar tetapi ada arus yang mengalir menembusi dielektrik pemuat. Setelah pemuat mengecas sepenuhnya, arus tidak akan mengalir lagi.






Ada dua jenis sambungan :



Ok kita ke kegunaan dan litar untuk nak buat V.S pula.

Kegunaan Voltage Stabilizer bukan sahaja untuk menstabilkan voltan bateri, malahan keseluruh rangkaian sistem elektronik/elektrik yang menggunakan sumber voltan.

Untuk membuat satu V.S yang baik sambungan capacitor dalam litar selari ( parallel ) adalah yang TERBAIK. Sebab itulah kebanyakkan V.S yang ada dipasaran buat secara litar salari.


capacitor yang digunakan dari jenis 85°c 16v Electrolytic Capacitor.

85°c = ialah nilai suhu yang capacitor boleh tahan. Seeloknya gunakan 105°c jika sambung terus ke bateri. Jika mengunakan soket 12V didalam cabin atau V.S untuk motosikal boleh gunakan 85°c .

16v = berapa volt yang capacitor boleh terima. Jangan gunakan 12V, kita tahu bateri kereta atau motorsikal ialah 12V tetapi ia boleh naik sehingga 13.5 dan lebih.

Nilai Ct (total) untuk kereta ialah 47,000uF keatas dan untuk motorsikal 150cc kebawah 20,000uF.

Boleh buat jika nak lebih nilai Ct tapi tak ada kesan apa2. Kira membazir la.

Fuse yang digunakan untuk kereta 20 amp dan motosikal 10 amp.

Cara nak Uji D.I.Y Car Voltage Stabilizer berfungsi atau tidak. Cabut atau off kan sambungan V.S dari terminal +ve bateri. Biarkan seketika sambil perhatikan LED. LED akan perlahan2 padam. Jika ini berlaku maka semuanya OK. Kalau LED x menyala , check fius atau mungkin ada sambungan yang salah.

Dan jika anda mempunyai kemahiran elektronik yang UP sket, anda boleh tambahbaikan. Letak High Amp Diode dekat sebelah -ve sebelum ke bateri. Letak suis untuk save current semasa off enjin. Letak IC timer untuk healt check voltage battery. Pasang Volt meter display untuk tahu nilai voltage. Buat PCB supaya component lebih tersusun. Pakai kabel mahal supaya tahan lama. Pasang fuse. Housing water proof. Spray housing. Tambah grounding Wire. Dan lain2.

Apa yang saya terangkan diatas ialah sedikit info2 untuk tambahkan pengatahuan .

Cara2 untuk membuat Voltage Stabilizer boleh didownload dari sini : DOWNLOAD



credit to Wandzul from peroduavivaclub


Go to D.I.Y Car Voltage Stabilizer Part 2 .




9 comments:

Anonymous said...

Pretty! Thiѕ wаs an extгemely wondeгful post.

Thank уou for prοviԁing thеse
detailѕ.

Feel fгее to suгf to my pаge Doggieblogs.com

Anonymous said...

bro.. xleh download
"Cara2 untuk membuat Voltage Stabilizer boleh didownload dari sini : DOWNLOAD "

Syukie said...

Maaf saya pun dah tak simpan file asal. Mungkin tuan boleh cari litar ini dekat mana2 forum elektronik d.i.y.

lama dah tak update blog ni.

sabudin md.yazam said...

Terbaik la

sabudin md.yazam said...

Blh ke saya guna capasitor dri peralatan a/c utk buat VS d/c ni. FB saya guna nama saya. Kalau berkesempatan blh PM saya kt sne

sabudin md.yazam said...

Blh ke saya guna capasitor dri peralatan a/c utk buat VS d/c ni. FB saya guna nama saya. Kalau berkesempatan blh PM saya kt sne

sabudin md.yazam said...

Terbaik la

Syukie said...

capasitor tu nak ambil yang terpakai dari mana pun oleh, janji elok lagi dan jenis 85°c 16v keatas.

Unknown said...

Kalau guna 85°c direct bateri blh ke tuan