Saturday, November 6, 2010

D.I.Y Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta

D.I.Y Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta, yang aku buat ni tak ada function auto On, Tak ada function LED malap sendiri dan lain2 function yang best.

Sebab aku buat litar ringkas je, modal pun sikit, so function pun sikit. RM5 je modal aku nak bagi ada warna merah menyala dekat tapak kunci kereta aku.

Memang nampak lawa, dan senang aku nak masukkan kunci bila tengah gelap. Tak ada la nak tercari2 slot nak masukkan kunci.

"D.I.Y Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta" yang aku buat ni kalau nak nyalakan kena on suis dulu, dan bila tak nak pakai kena off kan secara manual.

Bila Gelap

Bila Terang


Litar yang aku guna untuk D.I.Y ni sama macam litar dalam entri "LED kelip-kelip". Cuma aku dah tak sambungkan ke bateri 9V. Terminal +ve aku tumpang cucukan dekat slot fuse untuk horn, dan -ve aku skrukan dekat body kereta. Video dibawah tunjukkan macam mana aku punya "Lampu LED Dekat Tapak Kunci Kereta" berfungsi.


video

** Oh yea lampu "LED kelip-kelip" aku dah macam lampu disco!!

**Update,

Lampu LED Ring aku sekarang dah berfunction dengan lebih menarik sebab bila pintu x tertutup LED Ring akan menyala. Dan bila tutup pintu LED Ring akan tutup secara automatik.



11 comments:

aque said...

nak gambar.... up pat... hahhahaha

Syukie said...

tak pasang lagi, da jd dah td...x pasang betul2 ...coz da gelap...malas nk buat gelap2, tunggu esok pagi...malam baru ley tangkap video dan gambar~

Anonymous said...

bro syukie...
menarik blog anda ni..
feveret bg kaki DIY cm aku ni..
tp video nape kluar error bro..
nk tgk xleh..tq

Syukie said...

Video tu dah ok x? sebab saya test play ok je...
TQ~

Anonymous said...

bro, apa kata ko xpayah pkai suis..
ko sambung je ke wayar lampu pintu..
bila bukak pntu lmpu trus on..
aku pnah wat dlu..

-error-

Syukie said...

nanti aku test betulkan wiring dia...
haritu cari dia punya wayar x jumpe2...
nak buka tepi pintu tu malas lak hehe~

miezha hamid said...

suka blog anda..bnyk yg DIY.. nk cuba takut tikus baiki labu...tolong buat..brapa kosnya?

Syukie said...

Senang je buat ni, selalu kalau upah kedai pun dalam rm 30 je..kalau dia amik mahal2, ketok kepala dia..benda simple kot...

AfiX said...

bro,,,keta bro mmg dah ada ring tu ker???ke DIY???

Syukie said...

Untuk tapak kereta saga blm mmg dah ada...kereta lain saya x pasti :)

Irsyad Syukran said...

Bro upload video kt youtube